Lesen dan Pendaftaran

Jika anda tidak menerima lesen yang anda beli, anda boleh memintanya di halaman ini menggunakan alamat e-mel yang di berikan semasa pembelian anda. Juga, pastikan anda memeriksa folder spam anda.

Ya. Pemindahan lesen tunggal dan unik dibenarkan sekiranya anda menukar komputer atau jika anda ingin menguji perisian sebelum memasangnya di komputer yang lain.

Ya. Untuk berbuat demikian, anda boleh menyalin fail persediaan dan kunci lesen anda ke kunci USB atau CD.

Ya. Lesen anda akan kekal sah walaupun selepas di format. Anda juga boleh memasang semula perisian tersebut berulang kali di komputer yang sama.

Lesen tidak di terhadkan masanya. Lesen itu dipautkan ke komputer semasa pemasangan perisian dan akan kekal sah selagi konfigurasi perkakasan komputer (pemproses + motherboard) kekal tidak berubah.

Lesen anda telah digunakan pada bilangan maksimum komputer, tidak memungkinkannya digunakan pada komputer yang lain. Anda boleh memperolehi lesen yang baru dengan melawat halaman ini.



Muat turun dan Pemasangan

Anda boleh memuat turun versi percuma di sini dan versi pro di sini.

Video ini akan menunjukkan kepada anda langkah-langkah untuk memasang program ini.

Kata laluan ialah 123

Sekiranya anda mempunyai akses kepada program, anda boleh menyahpasang dari antara muka program:
Buka Revealer Keylogger dan klik ikon tanda soal di bahagian atas sebelah kanan, kemudian pada menu, pilih Tamat program ▸ Nyahpasang.

Jika anda tidak mempunyai akses ke program, anda boleh menyahpasang daripada fail persediaan:
Buka fail persediaan, kemudian di skrin utama, klik Nyahpasang.

Tidak. Persediaan akan mengesan sebarang versi sebelumnya (percuma atau pro) yang dipasang dan akan mengemas kininya.



Soalan umum

Jika program sedang berjalan dan tersembunyi, anda boleh menggunakan kombinasi kekunci CTRL + ALT + F9 di papan kekunci anda untuk membuatkannya kembali muncul.
Jika tidak, anda boleh membuka Penjelajah Fail, kemudian pada bar alamat di bahagian atas, taip rvlkl.exe dan tekan enter.

Anda perlu memasang semula program. Ini akan memadamkan tetapan perisian namun bukan fail log.

Ya. Sesetengah perisian antivirus mampu mengesan dan membuang program. Revealer Keylogger perlu ditambah ke senarai pengecualian perisian antivirus bagi mengelakkan perkara ini.

Revealer Keylogger sepenuhnya selamat untuk digunakan. Walau bagaimanapun, sesetengah perisian antivirus akan mengesan ancaman hanya kerana program tersebut adalah keylogger, dan keyloggers dianggap sebagai program yang mungkin tidak diingini (PUP / spyware) oleh perisian antivirus.

Kami mengesyorkan anda agar mematikan buat sementara waktu perlindungan masa nyata antivirus anda sebelum memuat turun dan memasang program. Kemudian Revealer Keylogger hendaklah ditambahkan ke senarai pengecualian perisian antivirus bagi mengelakkan ia di kesan. Berikut fail untuk ditambahkan:
C:\Windows\System32\rvlkl.exe
C:\Windows\System32\rvlkl.dll

Tidak. Revealer Keylogger berfungsi secara senyap dan tidak pernah memaparkan mesej kepada pengguna.

Revealer Keylogger boleh ditemui di lokasi berikut:
C:\Windows\System32\rvlkl.exe

Fail log disimpan dalam folder berikut:
C:\ProgramData\rvlkl\data\

Tidak. Kami tidak menyediakan versi percubaan untuk Revealer Keylogger Pro.



Keperluan Sistem

Revealer Keylogger serasi dengan Windows 11, 10, 8.1, 8, 7 dan Vista, dalam versi 32 atau 64 bit .
Hak pentadbir diperlukan untuk memasang program dan sambungan Internet adalah wajib bagi mengaktifkan versi pro.



Pelbagai

Nama syarikat atau perisian kami tidak akan dipaparkan pada penyata bank anda. Bergantung pada kaedah pembayaran yang anda pilih, salah satu sebutan PAYPAL, StripeSoftware atau 2Checkout mungkin akan muncul.